Anda banyak terbaca perkataan glycerin dalam kebanyakan produk kosmetik yang anda jumpa di farmasi dan kedai kecantikan? Tapi tak faham langsung apa bahan tu.

Apa itu Gliserin (glycerin)

Gliserin adalah sebatian organik yang merupakan komponan yang tidak berbau, tidak berwarna, likat dan manis serta rendah toksid. Ia juga dikenali sebagai gliserol (glycerol). Gliserin dalam bentuk asalnya dihasilkan dengan memisahkan lemak dan minyak binatang atau sayuran semasa membuat sabun atau lilin, asid-asid lemak atau lemak alkohol (etanol).

Sumber glycerin

Sumber Haiwan

Gliserin boleh diperolehi dari beberapa sumber. Haiwan adalah salah satu darinya. Biasanya diperoleh melalui lemak yang biasa dijumpai dalam darah dan komponen utama tisu badan haiwan tersebut. Kebiasaannya gliserin bersumberkan haiwan lazim dirujuk sebagai gliserin daripada gliserol. Dan semestinyalah haiwan yang paling utama ialah babi dan lembu.

Sumber Tumbuhan

Selain itu, boleh juga didapati daripada tumbuhan-tumbuhan atau minyak sayuran antaranya zaitun, soya dan biji sawi. Di Malaysia, gliserin kebiasaannya bersumberkan kelapa sawit.

Sumber Sintetik

Dalam sesetengah kes, gliserin mungkin datang dari sumber sintetik hasil tindak balas kimia dengan petroleum. Iaitu produk sampingan (byproduct) dalam pengahsilan biodiesel. Penghasilan biodiesel adalah proses menghasilkan biofuel (minyak biologi).
Periksa dahulu sumber mana yang digunakan untuk menghasilkan glycerin dalam produk yang anda ambil. Pastikan dari sumber yang halal ok!

Kegunaan Gliserin (Glycerin)

Gliserin mempunyai manfaat yang besar kepada manusia, maka tidak peliklah ia digunakan secara begitu meluas.

Indusri Kosmetik

Dalam industri kosmetik,sifatnya yang  menyerap kelembaran udara, mesra pada kulit, tidak iritasi kepada bayi, dapat dimanfaatkan dalam kebanyakan produk penjagaan diri. Antaranya produk yang biasa menggunakannya ialah masker (topeng muka), krim pelembab, krim pemerah pipi, losyen pencerah, bedak asas muka, penyegar kulit, syampu rambut, sabun dan ubat gigi.

Ia adalah 100% semulajadi dan menyuburkan kulit anda dari dalam. Dengan gliserin, anda elakkan kesan sampingan seperti ruam dan jerawat dan menjadikan kulit wajah lebih lembut!

Industri Farmaseutikal

Dalam industri farmaseutikal, gliserin digunakan untuk meningkatkan kelancaran, sebagai bahan pelincir dan humectant (bahan penyerap kelembapan, mengelak produk menjadi kering). Boleh juga didapati dalam produk seperti sirap ubat batuk, ubat titis mata, ubat kumur, ubat topikal untuk yis dan jangkitan bakteria dan lain-lain.

Industri Makanan

Bagi industri makanan pula, gliserin boleh digunakan sebagai pengemulsi dan gula rendah kalori. Aiskrim, marjerin, makaroni, kek dan mentega kacang adalah antara yang mengandungi gliserin (emulsifier). Selain itu juga, ia digunapakai dalam industri membuat sosej dengan tujuan melembutkan pembalut sosej.
Penggunaannya adalah kerana sifatnya yang tidak beracun, melincir dan meruap di dalam udara.

 

 

 

 

 

Item dalam produk khalila yang mengandungi Gliserin adalah Khalila Miracle Foam Cleanser dan Khalila Light CC Cream. Sumber Gliserin yang kami guna adalah dari sumber kelapa sawit.