Satu set mengandungi Khalila Miracle Foam Cleanser dan  Khalila Miracle Day/Night Cream. Set ini merupakan set paling asas untuk ‘home treatment’.

HOME TREATMENT ini adalah penjagaan asas wajah yang WAJIB kita lakukan walaupun kita hanya duduk di rumah iaitu mencuci wajah dan merawat/mengawal kelembapan wajah setiap hari bermula dari awal pagi hinggalah sebelum tidur.

Miracle Skincare Set ini hanya mengandungi 2 item asas iaitu:-

-MIRACLE FOAM CLEANSER 50ML
-MIRACLE DAY/NIGHT CREAM 10G

Set ini sangat menepati citarasa wanita moden yang bekerja yang sangat pentingkan masa.PERCAYA TAK?ada pengguna yang hanya keluar ke pejabat atau berlibur dengan set asas ini.

Satu pencuci dan satu krim yang boleh pakai bila-bila masa.Masukkan dalam beg tangan dan JOM KELUAR!!

KELEBIHAN MIRACLE SKINCARE SET

Formulasi produk Khalila Miracle Skincare adalah hasil R&D kami sendiri.

  • SANGAT MUDAH DIBAWA
  • 100% DARI BAHAN ORGANIK DAN SEMULAJADI
  • TANPA PARABEN DAN SLES
  • SELAMAT UNTUK IBU HAMIL
  • MESRA BILAS- Krim yang sangat senang di cuci hanya dengan air
  • BERDAFTAR DENGAN KKM
  • TIDAK MELEKIT DAN TANPA BAU KIMIA

Saranan penggunaan (Khalila Set + Serum as Home Treatment):

  • Cuci wajah dengan Khalila Miracle Foam Cleanser
    • Basahkan wajah anda.
    • pump 1-2 kali sahaja setiap kali penggunaan ke tapak tangan anda.
    • cuci dalam cara membulat hanya menggunakan 2-3 jari tengah anda.
    • mulakan dengan T-zone iaitu dahi dan hidung.
    • urut secara membulat tanpa memberi tekanan pada kulit anda selama 20 saat.
    • sambung cara yang sama di bahagian pipi kiri, pipi kanan dan dagu selama lebih kurag 10 saat setiap bahagian.
    • bilas wajah anda sebersihnya (masa ini anda akan rasai sensasi dingin foam pada wajah anda. best sangat tau!.. admin yang terbayang-bayang kedinginan itu).
    • keringkan wajah anda dengan tuala bersih dan kering yang dikhaskan untuk wajah anda ( jangan guna tuala mandi ok!).
  • Dap dap kan wajah anda dengan Miracle Serum By Khalila
    • disyorkan untuk picit serum setitik sahaja di bahagian tepi tangan anda  berdekatan ibu jari anda. jangan picit di tapak tangan tau. sebab suhu tapak tangan anda agak panas. sedikit sebanyak boleh mengurangkan fungsi serum ni
    • calitkan serum di setiap area wajah (dahi, kedua pipi, atas hidung dan dagu)
    • ratakan dan dap dap je. tujuan kita tepukkan serum ini adalah nak memastikan serum ini menyerap ke dasar kulit kita
  • Calit-calit Khalila Day/Night Cream sebagai pelembab dan SATU KRIM SEPANJANG HARI
    • Calit sedikit sahaja ke seluruh wajah anda.
    • Krim ini mengandungi SPF15 kadar perlindungan yang kurang tinggi kerana krim ini juga digunakan sebagai krim malam untuk merawat wajah anda di malam hari, jadinya tak sesuai la letak SPF yang tinggi
    • Jika anda perlukan perlindungan SPF yang lebih tinggi di syorkan tambahkan penggunaan Khalila Light CC Cream

 

Sebagai penjagaan asas 3 Item ini dah mencukupi. Admin sendiri ulang 3 step ini setiap kali nak wudhuk. sebelum wudhuk cuci wajah dengan Khalila Miracle Foam Cleanser.  In Sha Allah wajah akan segar sepanjang bersolat. solat pun akan lebih tenang.

Usai solat admin akan pakai Miracle Serum By Khalila dan Khalila Day/Night Cream. Bila admin nak keluar baru apply Khalila Light CC Cream

 

Dapatkan rangkaian Khalila hari ini