Ramai kaum wanita khususnye sanggup tanggung risiko untuk cantik & bagi yang ada modal besar sanggup berbelanja besar hanya untuk dapatkan hasil yang cepat @ mungkin juga kerana jenama sesuatu produk tu ‘branded’ katekan, tak kisah walaupun perlu sakit sekalipun..
Dan ada juga yang tak kurangnya memilih yang murah & tertarik dek kerana iklan yang menjanjikan hasil dalam masa yang singkat & luar biasa..”kulit cerah gebu gebas anjal cun melecun dalam masa seminggu” wow hebatnye produk tu..

AWAS ye, produk yang cepat, yang tidak melalui ujian klinikal, @ hanya menggunakan testimoni pengguna secara random..berkemungkinan bahaya pada wajah kita..mungkin ia tak beri kesan pada jangka pendek, tapi ia beri kesan yang kritikal untuk jangka masa panjang. Berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikkan.

Mengetahui maksud di sebalik nama setiap kandungan produk kecantikan yang dimiliki adalah sangat penting. Ini kerana, terdapat sesetengah bahan yang dimasukkan ke dalam produk kecantikan akan memberi kesan buruk kepada pengguna walaupun ia dianggap selamat. Selain daripada mengetahui makna sebenar setiap bahan yang dimasukkan, mengetahui fungsinya juga penting. Ini bagi mengelak daripada pengguna tersalah memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit mereka.

Bahan-bahan Merbahaya

1. Hydroquinone
Sama juga bahan ini, ianya biasa didapati dalam produk pemutih kulit. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan rasa  terbakar, wujud masalah ginjal, kanser darah dan kanser sel hati.
2. Rhodamin
Produk yang mengandungi bahan ini akan memberi kesan kepada pengguna seperti gangguan pada pernafasan dan kerosakan hati.
Bahan ini terdapat dalam kebanyakan produk syampu, sabun badan dan pencuci. Bahan ini akan menyebabkan alahan kulit, asma, sakit kepala, sakit sendi, pening-pening, dan katarak mata.
4. Mercuri
Bahan ini biasa digunakan dalam produk pemutih. Kesannya ialah berlaku iritasi dan alahan pada kulit, kerosakan pada otak, ginjal, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru, muntah-muntah dan kanser.
5. Paraben
Bahan ini banyak digunakan pada deodoran dan kosmetik. Ia boleh menyebabkan kemerahan dan kesan pada kulit dan disyaki boleh menyebabkan kanser payudara.
6. Isopropyl Alcohol
Alkohol jenis ini biasanya digunakan sebagai pelarut dalam produk kecantikan. Bahan ini boleh merosakkan lapisan kulit dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penuaan.
7. DEA (Diethanolamine), TEA (Trithanolamine), MEA (Monoethanolamine) 
Ketiga-tiga bahan ini boleh menyebabkan kanser ginjal dan hati.
8. Minyak Mineral
Minyak mineral walaupun kedengaran seperti baik untuk kulit, tetapi ia akan melapisi kulit hingga pengeluaran toksin dalam badan terganggu. Ia boleh mengakibatkan jerawat.
 9. Tretinoin/Retinoic Acid
Jika bahan ini terdapat dalam produk kecantikan, ia akan menyebabkan kulit kering dan terbakar serta menyebabkan kerosakan pada janin.
Selain daripada bahan-bahan tadi, terdapat juga bahan lain yang juga memberi kesan dan merbahaya kepada pengguna:
1. Pewarna sintetik
2. Plumbum
3. Copolymer
4. Triclosan
5. Phthalates
6. Formaldehid
7. Petroleum
8. Triclosan (dalam ubat gigi)
Fungsi dan Kegunaan:
Secara umumnya, bahan-bahan yang digunakan dapat digolongkan kepada tujuh kelas utama berdasarkan kepada tindakan bahan-bahan tersebut, iaitu:
Pengawet
Bertujuan untuk memberi perlindungan kepada sediaan kosmetik daripada pencemaran kuman semasa kosmetik digunakan dan juga mengurangkan kerosakan sediaan yang disebabkan oleh pertumbuhan kuman. Ini termasuklah paraben, sebatian ammonium kuartenar, alkohol seperti etanol dan isopropanol serta terbitan fenol seperti p-kloro-m-kresol. Selain itu, pengawet juga digunakan untuk mencegah minyak di dalam sediaan kosmetik daripada menjadi tengit. Bahan seperti ini termasuklah asid benzoik, BHA dan tokoferol atau vitamin E.
Pengawal kelembapan
Digunakan untuk mencegah kehilangan air daripada sediaan kosmetik apabila bekas sediaan kosmetik dibuka berulang kali. Bahan-bahan yang digunakan seperti gliserin dan propilena glikol di dalam losen dan krim pelembap memudahkan penggunaan sediaan agar mudah disapu dan diratakan ke kulit.
Pewarna 
Digunakan untuk menghasilkan warna sediaan yang menarik perhatian pengguna. Perwarna yang diguna merupakan pewarna kimia seperti FD & C Merah atau pewarna asli seperti karotena, alkanet dan safron.
Pengimbang pH
Merupakan bahan yang akan mengekalkan pH sediaan kosmetik supaya sediaan tersebut serasi dengan kulit. Antara bahan yang digunakan untuk mengimbangi pH sediaan ialah asid sitrik yang merupakan suatu asid atau ammonium karbonat yang merupakan suatu bes. Di samping penambahan suatu bes atau
asid, pengimbang pH boleh juga merupakan campuran garam seperti ammonium bikarbonat atau kalsium karbonat dengan asid tartarik.
Perasa
Digunakan untuk menutup rasa bahan-bahan kosmetik yang tidak enak apabila digunakan. Contoh bahan perasa yang digunakan adalah seperti amil asetat dan
etil asetat Pewangi Banyak digunakan di dalam penyediaan minyak wangi. Dalam kebanyakan penyediaan minyak wangi, nama pewangi tidak dinyatakan bertujuan

untuk melindungi pelaburan pembangunan sediaan wangi yang dibuat oleh pengilang.

Saya sendiri rasa terkejut apabila mengetahui berkenaaan bahan-bahan yang terdapat dalam produk kecantikkan kita yang kita guna setiap hari..tapi sekirenye ia merbahayakan tubuh kite, kenapa ia dijual??

Ok bagi sesetengah produk yang mengandungi bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas yang melalui ujian klinikal @ pengesahan satu-satu badan yang meluluskan ia boleh di pasarkan adalah kerana kuantiti yang terkandung dalam produk tersebut adalah sedikit & tidak merbahayakan pengguna. Contohnye macam yang biasa berada dalam pelbagai produk kecantikan, hygiene, ubat gigi ke etc adalah Paraben, SLS (Sodium Laureth Sulfate) etc.

Tapi fikirkanlah walaupun kandungannye sedikit tapi kalau kite dah pakai produk-produk tertentu ni untuk sekian lamanye..tak ke ia dah jadi banyak, & penah tak pembaca-pembaca rasa sendiri walaupun produk kosmetik kita ni dah kita pakai lama tapi masih ada masalah kulit muka yang berlaku walaupun dah setia bertahun dengan kita? (by right memanglaa terkadang masalah kulit muka tu disebabkan oleh hormon,contoh yang berlaku pada kaum wanita every month tu kan, kalau time hormon stabil kenapa still ada lagi timbul masalah kulit wajah??) & terkadang kita terpaksa bertukar produk kosmetik untuk mencari yang serasi dengan kulit wajah kita.