Assalamualaikum,

salam hujung minggu semua, bonda nak share sini pulak topik yang bonda share beberapa hari lepas di page fb khalila .

“Kenapa kita perlu pakai pelembap sebelum tidur.”

Ramai yang pandang remeh perkara ni. Tidak kurang juga yang malas nak bersusah payah nak pakai pelembab bila mata dah mengantuk. Jangan menyesal di kemudian hari tau!

 

Tidak kira apa jenis kulit anda, anda PERLU pakai pelembab wajah. Lagi satu, kena betulkan salah faham ni tau, Kulit berminyak tak perlukan pelembab. hakikatnya KULIT BERMINYAK lebih memerlukan pelembab. minyak berlebihan tu bukan bermakna wajah anda cukup lembapan. Baca entri bonda yang ni.

Sama seperti waktu siang anda perlukan pelembab wajah, maka di malam hari juga anda perlukan pelembab wajah.

Diwaktu siang kulit perlukan PERLINDUNGAN, diwaktu malam pulak wajah memerlukan PERAWATAN.

 

 

 

WAKTU TIDUR, KULIT KEHILANGAN KELEMBAPAN

Pada malam hari, kulit wajah kehilangan hampir 25 % kandungan air lebih banyak berbanding siang hari. Krim malam akan terus menjaga kulit wajah tetap lembab dan berseri-seri.

Tahu tak?  Waktu malam ketika sedang berehat (tiada aktiviti) dan tidak terkena sinar matahari juga boleh mengalami dehidrasi?
Ya, kerana pada saat kita tertidur, kita tidak minum dalam jangka waktu yang cukup lama (5 – 8 jam). Tambahan pulak jika tidur dalam air cond, air pada wajah dan tubuh di sedut oleh air cond, maka sel kulitpun menjadi kering dan berkerut. Akibatnya sel kulit tak terjaga dengan baik.

Kerana itulah kita perlukan bantuan krim malam untuk menjaga kelembaban kulit sepanjang malam.
Apabila keadaan sel kulit terlalu kering, penghasilan sel kulit baru akan terganggu. Pastikan sebelum tidur,  cuci wajah dengan #KhalilaFoam, pakai #SerumKhalila dan Sapu pelembab #KhalilaDayNightCream

 

KULIT KERING MENGGANGGU PROSES SEMULAJADI PENGHASILAN SEL YANG AKTIF DIWAKTU MALAM

Malam hari adalah waktu di mana kulit sedang beregenerasi. Kalau kulit terlalu kering, proses regenerasi kulit akan Terganggu..

Sangat penting untuk menggunakan pelembab di malam hari disebabkan oleh proses regenerasi kulit. Di malam hari, sekitar pukul 10 malam, waktu kemuncak proses regenerasi kulit.
Pada jam-jam tersebut regenerasi sel-sel kulit terjadi dua kali lebih banyak dibanding siang hari. Dan memastikan proses penghasilan sel baru dengan baik, kulit wajah sangat perlukan kelembaban.

KEROSAKAN KULIT DI SIANG HARI PERLU DIPULIHKAN PADA WAKTU MALAM

aktiviti ‘outdoor’ di waktu siang, tempelan make up tebal,  pencemaran udara, secara tak langsung boleh  menyebabkan kerosakan kulit wajah anda.

Membersihkan wajah saja tidak cukup untuk merawat kulit wajah. Maka pelembab/krim malam sangat diperlukan untuk melakukan perawatan dan perbaikan pada sel-sel kulit yang telah rosak itu.
Krim malam dapat diserap dengan baik oleh kulit. Dan kandungan yang ada di dalam krim malam dapat memberi nutrisi yang cukup untuk membantu proses mengembalikan keremajaan kulit wajah!

WAJAH JUGA PERLUKAN KETENANGAN

sepertimana badan perlukan ketenangan dan rehat yang cukup,  wajah juga perlukan ketenangan.
Sepanjang hari pelbagai tekanan di berikan ke atas wajah, maka pelembab diperlukan untuk memulihkan ketenangan wajah sekaligus menaikkan seri wajah anda!

klik pada gambar untuk membeli

SATU KRIM SEPANJANG HARI YANG MESRA BILAS

Pelembab organik yang bonda syorkan buat anda ialah KHALILA MIRACLE DAY NIGHT CREAM. Ia tidak melekit pada wajah dan dihasilkan daripada bahan-bahan organik berasaskan H2O. Mengekalkan kelembapan wajah sepanjang hari. tekstur yang sangat halus dan yang pasti TIADA KANDUNGAN MERKURI yang juga SELAMAT UNTUK IBU HAMIL.

LIHAT TESTIMONI PRODUK INI DI SINI

SHARE LAH JIKA ENTRY INI BERMANFAAT